TAKTIK KOTOR TERBARU MEROMPAK / MEROGOL
Hari itu nasib saya tak
terjebak. Lebih kurang tengahari jam 12.30, saya memandu di hadapan
Angkasapuri menghala ke Highway Seremban. Apabila dijalan lurus sebelum
ke simpang Taman Seputih, seorang penunggang motosikal menunjuk sesuatu
di tayar hadapan kiri saya.
Saya perlahankan
kereta tapi tak berhenti. Penunggang tadi yang berada di hadapan saya
melambai suruh saya berhenti. Saya rasa mungkin ini satu helah tapi
dalam hati rasa was-was juga, mungkin betul. Tiba2 ada seorang lagi
penunggang menunjuk tayar hadapan saya.
Saya kemudian
berhentikan kereta di tepi jalan sebelum masuk ke simpang Taman Seputih.
Penunggang yang pertama tadi datang ke arah saya dan bagitau yang tayar
kereta saya berasap dan ada banyak minyak brek keluar.
Saya berat hati untuk keluar sebab mengesyaki sesuatu...kenapa penunggang itu beria-ia nak suruh saya berhenti.
Saya bagitau dia yang saya akan bergerak perlahan pergi ke bengkel
kereta. Dia bagitau, kalau bergerak juga mungkin brek tak makan...saya
kata tak mengapa...(Saya fikir, saya bukannya baru pandu kereta...dah
berpuluh tahun, kalau brek tak makan...tariklah hand brek)..walaupun
begitu saya rasa cuak juga, mungkin betul ada kerosakkan...saya pandu 60
ke 70 km saja. Lebih kurang 15 minit saya sampai di bengkel yang saya
selalu baiki kereta saya. Saya turun dan tengok tayar kereta.
Memang betul minyak brek bertaburan di sport rim dan tayar. Saya panggil
pomen dan bagitau dia apa yang berlaku. Dia pun jawab: " Aiya ini tak
da hal punya". Di ambil sebaldi air dan siram tayar kereta. Dia sambung "
Saya punya customer ramai sudah kena ini macam", " Itu orang kata dia
pomen dan akan buka you punya tayar dan brek, kemudian dia kata kena
bayar RM1,000 untuk siap. " Itu orang banyak pandai, dia kasi spray itu
minyak pada tayar kemudian dia kata tayar keluar asap sebab brek disc
panas, kena minyak, mesti keluar asab".
Penunggang tersebut
memang lagak macam pomen. Cuma saya terlupa nak catat nombor pendaftaran
motosikal dia. Semoga pembaca semua dapat mengambil pengajaran daripada
peristiwa ini.
BAYANGKAN JIKA IA TERJADI PADA PARA WANITA DAN APA YANG BERLAKU KEMUDIANNYA.
Terima kasih kerana membaca.
SHARE kepada semua , biar semua tahu ...
Wednesday, October 16, 2013
Mesej dari FB..sharing is caring..
Labels:
hati-hati,
merogol,
minyak brek,
taktik baru merompak,
taktik kotor,
waspada
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment